Kesan alam sekitar Lebuh raya capaian terkawal

Kesesakan jalan raya seperti yang berlaku di Atlanta ini boleh dikaitkan dengan pembentukan kabut fotokimia.Sistem pencahayaan lebuh raya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap penduduk yang tinggal berhampiran lebuh raya. Pencahayaan tiang tinggi merupakan satu alternatif yang menumpukan cahaya kepada jalan raya, tetapi struktur tinggi sebegini boleh membawa kepada kesan NIMBY.Terowong di Tunnel Lebuhraya A27 (Autoestrada Viana do Castelo-Ponte de Lima) di Portugal

Lebuh raya capaian terkawal dibina antara bandar raya utama ataupun di dalam sesebuah bandar raya itu sendiri, membawa kepada pertumbuhan kawasan pinggir bandar yang sering berlaku di kebanyakan bandar raya moden utama. Lebuh raya sering dikritik oleh pencinta alam sekitar disebabkan bunyi bising,[23]pencemaran, dan anjakan ekonomi yang dibawanya.[24]Tambahan pula, ia juga dikritik kerana mengheret orang awam kepada ketidakcekapan terutamanya semasa mengendalikan lalu lintas waktu puncak.[25][26][27]

Selalunya, lebuh raya ekspres luar bandar membuka kawasan yang luas untuk pembangunan ekonomi serta perkhidmatan perbandaran, sekaligus meningkatkan nilai hartanahnya. Sebaliknya, lebuh raya bertingkat di kawasan bandar sering menjadi punca penurunan nilai hartanah, menyumbang kepada pereputan bandar. Walaupun dengan pembinaan jejambat mahupun terowong, banyak kawasan kejiranan yang terpisah — terutamanya kawasan mundur di mana penduduknya kurang berkemampuan untuk memiliki kereta, ataupun untuk memberikan pengaruh politik dan ekonomi yang membawa kepada penentangan usaha pembinaannya.[28] Bermula pada dekad 1970an, Kongres AS mengenal pasti lebuh raya bebas dan lebuh raya perbandaran yang lain sebagai punca utama bagi kebanyakan pendedahan kepada bunyi bising terhadap populasi AS.[29] Hasilnya, model komputer dibangunkan untuk menganalisis tahap bunyi bising lebuh raya dan membantu dalam pembangunan reka bentuk bagi mengurangkan pendedahan terhadap bunyi bising.[30]

Satu alternatif kepada pembinaan lebuh raya atas tanah ataupun bertingkat ialah pembinaan lebuh raya bawah tanah melalui kaedah penggalian terowong. Ia terbukti sangat berjaya di beberapa buah bandar raya utama di Australia seperti Sydney (yang mempunyai lima lebuh raya seumpamanya), Melbourne (memiliki dua lebuh raya seumpamanya) dan Brisbane (memiliki tiga lebuh raya seumpamanya). Manfaat utamanya adalah dengan membuang aliran lalu lintas dari jalan raya permukaan, dan dalam kes Lebuhraya Hubungan Timur Melbourne, membantu memulihara kawasan sensitif ekologi daripada kemusnahan.

Penentang lebuh raya telah mendapati bahawa naik taraf lebuh raya sering menewaskan matlamat utama pembinaannya: naik taraf lebuh raya hanya menjana lebih banyak trafik. Justeru, walaupun kesesakan lebuh raya asalnya dipindahkan daripada jalan tempatan kepada lebuh raya baharu ataupun yang dilebarkan, orang ramai akan mula berulang-alik ke kawasan lebih jauh. Lama-kelamaan, lebuh raya dan kawasan sekitarnya akan sesak lagi memandangkan bilangan dan jarak purata perjalanan bertambah. Idea sebegini dikenali sebagai permintaan teraruh.[31][32]

Di Malaysia, pembinaan terlalu banyak lebuh raya ekspres di Lembah Klang terbukti gagal menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya seperti didakwa, malah ia hanya membawa kepada masalah kesesakan lebih teruk pula. Tiga faktor utama dipersalahkan sebagai punca utama kesesakan lebuh raya ekspres di Lembah Klang, iaitu dasar pengangkutan yang teruk oleh pihak berkuasa, pemaju hartanah yang tamak serta kegagalan perancangan oleh pihak berkuasa tempatan.Selain itu, ketiga-tiga faktor tersebut juga membawa kepada pencabulan piawaian lebuh raya ekspres yang telah ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).[33]

Rujukan

WikiPedia: Lebuh raya capaian terkawal http://german.about.com/library/blgermyth08.htm http://www.nytimes.com/1995/06/06/nyregion/built-t... http://www.nytimes.com/1995/06/18/nyregion/bronx-r... http://www.ukmotorists.com/motorway_signs.asp http://archive.etsc.eu/documents/copy_of_PR%20Moto... http://www.greenvillesc.gov/publicworks/forms/Wood... http://onlinemanuals.txdot.gov/txdotmanuals/rdw/fr... http://blogjalanraya.blogspot.my/2011/11/lebuhraya... http://blogjalanraya.blogspot.my/2012/06/segamat-k... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...